Wednesday, May 7, 2008

Muzik sekarang oleh nazrinshah

assalamualaikum semua,

tujuan aku post topik ni supaya nk kongsi pendapat aku tentang muzik sekarang.

pertama aku mulakan dengan band.

1. band2 kita memang semua ada bakat, tapi kita yg kena support, bukan org lain, x guna support band luar. dorang pun belum tentu hargai korang.

2. disebabkan terlalu byk band2 indie sekarang yg membesar, aku ucapkan tahniah.

3. sebelum nk buat band, fikir masak2, maksud aku, korang nyer perangai, coz kalau perangai korang buruk, peminat2 korang pun terikut.

4. merujuk yg ke3, korang adalah idola kepada peminat korang, jadi apa yg korang buat, di mata peminat ianya ok samada baik mahupun tidak.

5. jadi, rancang dahulu sebelum apa2 pun. jgn main belasah je. ingat, kalau satu buruk, org akan fikir semua buruk..

kedua aku mulakan dengan gig.

1. aku tengok, terlalu banyak gig bermula november 2007 sampai sekarang.

2. gig tu bagus utk pencinta muzik, mereka mungkin suka layan muzik dengan cara band pujaan menyanyi di hadapan mata.

3. bagus jugak organiser gig ni sbb dorang memperkenalkan apa itu gig, kalau dulu asyik gig disko je, shuffle, dance apa2 lg la..

akhir sekali kepada semua penyokong2 LOCAL SCENE.

1. korang mmg bagus, support local scene.

2. kalau dlm gig tu, jgn la buat masalah. contoh masalah

-gaduh sebab org terlanggar korang.
-gaduh sebab org surf jatuh atas korang.
-gaduh sebab awek korang mengadu kena raba.
-dan seangkatan dengannya.

3. kalau korang buat hal dalam gig, organiser x dpt kontrol, apa lagi, mesti dia contact polis kan.

4. lepas tu, korang bising2, apa la organiser ni, buat gig polis kacau.

5. lu fikir sendiri beb, kawan2 korang jugak buat kacau.

6. polis xkan saja2 pegi rush mana2 tempat tanpa laporan.

7. kalau boleh yg nk pergi gig tu, sopan la sket dari segi pakaian. terutamanya wanita, kalau pakai tudung tapi moshing, head bangging.. adoiii.. baik x yah pakai tudung.

8. bila pompuan bertudung pegi gig, dalam gig perangai cam hampeh. org akan beranggapan nanti, semua yg pakai tudung, minah2 gig..

9. kalau pegi gig, baik x payah bawak awek la, kalau bawak pun, awek kena pegang sket, dah membebel.

10. lepas tu mula la nak gaduh..

11. moshing, goyang, jerit, itu aku sokong, benda tu kasar dan agak x bagus, tapi semua yg masuk dalam gig, boleh layan weyh.. kalau layan biji atau minum buat apa, HARAM semua tu, korang buat xtvt dalam gig, tapi jgn sampai bahayakan orang lain..

ok la, aku x nak cakap banyak...

fikir fikir lah ok..

terpulang la kat korang, aku just bagi pendapat, x menyebelahi mana2 pihak

utk renungan

dari : nazrinshah
ms : www.myspace.com/nazshah_1991

Wednesday, March 19, 2008

Dunia bawah tanah by annon

salam solidaritas buat semua...dunia bawah tanah masa kini dilihat agak lesu tidak seperti era 90-an yang lamapau. dahulunya, dunia bawah tanah dilihat lebih serius dan menceriakan dengan pelbagai agenda-agenda yang tersendiri. seingat aku, scene waktu dulu diwarnai dengan pelbagai acara yang bukan sahaja menyeronokkan bahkan lebih menjana perkembangan intelektual komunitinya. mereka bukan sahaja menganjurkan gig untuk berhibur sambil berpogo bahkan mengadakan pelbagai discussion/gathering tentang isu yang melanda dunia ketika itu. mereka juga dahulunya membuat pelbagai aktiviti-aktiviti kebajikan dengan konsep yang tersendiri. contohnya seperti aksi langsung yang dii'markkan oleh komunii Food Not Bomb atau FNB. dahulu FNB dilihat juga berlainan dan unik dalam sumbangan dan pergerakkannya. pergerakan ini kerapkali mengadakan sumbangan makanan secara percuma kepada para pengemis terutamnaya di bandar-bandar besar seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. namun kini, pergerakan ini hanya tinggal kenangan semata-mata. namun mujurlah, di Kuala Lumpur FNB masih bergiat lagi walaupun pergerakan FNB di Kuala Lumpur masih baru tidak seperti di Pulau Pinang. di Pulau Pinang, dunia bawah tanahnya cukup meriah ketika dulu. kini tiada apa lagi yang patut dibanggkan. kebanggan itu terus luput setelah pembubaran FNB di sana. hey syukri..apa sudah terjadi dsengan FNB penang. bagi yyang mehu merasai kemeriahan memberikan makanan secara percuma kepada para pengemis, kalian bolehlah pergi ke Bukit Nanas di Kuala Lumpur, dimana para FNB menjalankan aktivitinya pada setiapa hari ahad. scene waktu ini hanya mementingakn muzik tidak perkara-perkara lain yang bercorak perkembangan budi pekerti dan minda...

Monday, March 10, 2008

Boikotlah Magazine

Aku cadang nak print entry terbaik dalam blog ini untuk dibuat buku/magazine/small book(aku akan letak kredit siapa penulis asal entry tersebut.Kemudian aku akan jual dengan orang yang berminat nak beli buku ini.Buku ini lebih kepada kita punya local scene.Apa pendapat kau orang?Tapi aku hanya dapat membuat black and white sahaja,buku itu simple tiada corak2,logo2,gambar2 grafik yang menarik.Kalau ada sesiapa yang pakar dalam membuat buku2 ni boleh la hubungi aku di showbox blog ini.Sebarang cadangan amat dihargai

sekian
Boikotan

Senario by Akula

apabila sesuatu senario bermula, sememangnya kita seolah-olah merasa bangga akan kehadiran senario yang di anggap "baru" dalam masyarakat kita. tetapi adakah kita sedar bahawa senario ini mengundang kepada perpecahan dan perbalahan yang akan menyebabkan mereka terjerums kepada sesuatu agenda yang tidak sihat dan tidak menguntungkan sesiapa.
band-band yang muncul atau lahir pada era 2000 atau zaman moden ini banyak berkisar kepada jenis-jenis music yang berdasarkan kepada music luar negara yang sudah tercipta sekian lama. mungkin ada yang sudah mengetahui akan kemunculan music ini, tetapi adakah kita sedar akan pembawakan music ini ke dalam budaya malaysia atau lebih tepAt lagi budaya melayu?
kita semua tahu bahawa semua jenis music ini menjadi ikutan atau trend dalam masyarakat sekiranya mendapat sambutan hangat di pasaran. tetapi cara pembawakan yang betul dalam masyarakat kita atau pembudayaan music berkenaan dalam jiwa kita itu betul?
banyak anak-anak muda sekarang terlalu obses akan pembawakan music berunsur underground, indie dan sebagainya dan mereka terlalu bangga akan kehadiran music ini ke dalam jiwa mereka.
band-band yang mungkin di sangka popular seperti hujan, meet uncle hussein, bittersweet, chentaku dan sebagainya sebenarnya cuba menerapkan music berunsurkan underground dan indie ke dalam jiwa melayu dan memelayukan music ini sebagai alternative untuk menjadi popular sebenarnya dan menjadi sebutan remaja masa kini.
tetapi adakah band-band ini sedar akan cara pembawakan music berkenaan ke dalam jiwa masyarakat melayu dan malaysia sebenarnya sedikit sebanyak mengggugat identiti kita?
kebanyakkan yang hadir sekarang mempopularkan sesuatu di luar adab kita yang sememangnnya menekankan ciri-ciri sebuaH bangsa yang menjadi sebutan dunia. inikah yang di bangga-banggakan oleh kita sekarang? adakah ini yang kita cari sebenarnnya dalam industri kita? adakah music ini akan menjadi contoh kepada masyarat kita?
sebenarnya kita perlu balik semula kepada identity sebenar kita, bukan mengikut dan bukan meniru, kita adalah kita. kita ada identiti kita, kita tahu siapa kita. kita tahu mana baik buruknya.
cuba KITA renungkan kembali akan asal usul kita, siapa kita sebenanrnya dan apa yang kita mahu dalam dunia ini sebenarnnya?
yang baik dijadikan ikutan, bukan menunjukkan ciri-ciri melayu yang hilang adab sopan! membawa identiti yang tah dari mana datang lalu menyebarkan kepada remaja-remaja yang kadang-kadang bodoh x reti nak fikir. ikut membuta tuli..
tah apa diorang paham dengan mengikut benda-benda yang x berfaedah tu?
media also. support benda yang tak betul, kalau betul memainkan peranan sebagai media, kenapa tidak menunjukkan contoh yg baik kepada masyarakat?
yang di bangga concert yang tak datangkan hasil. penuh satu stadium, kalau mengaji dan ke arah keagamaan haram, sekor pon x reti datang..
itukah yang menjadi contoh kepada kita? renung-renungkanla..
akula,

Saturday, March 1, 2008

Apa Adanya Dengan Underground? by qarem

Apa Adanya Dengan Underground?
Dari konotasi perkataan/frasa ‘underground’ ini pasti terwujud pelbagai imejan di dalam minda. Malah jika diterjemah secara terus, ia menghasilkan maksud yang sangat mudah untuk difahami semua. Tetapi yang pastinya konotasi kata ini mungkin lebih bererti sekiranya diajukan kepada anak remaja moden kini. Secara tak langsung, terma underground ini dihubungkan terus dengan muzik. ‘Lifestyle’ anak muda yang punya jiwa protes terhadap arus konvensional muzik semasa. Daripada zaman pencetusan aliran underground hinggalah sekarang, banyak perubahan telah berlaku. Tidak salah juga jika mengatakan sejarah muzik underground di Malaysia ini mewujudkan impak yang signifikan kepada corak pemikiran, gaya hidup malahan identiti budaya anak muda moden Malaysia.

Dipercayai pergerakan underground ini mula bertapak di Malaysia sekitar penghujung tahun 80’an. Selaras dengan perkembangan sosio-budaya anak muda dunia ketika itu yang dahagakan kebebasan dan tidak begitu menyukai ideologi golongan konservatif yang menghimpit. Maka tidak terkecuali juga anak muda moden di Malaysia sendiri. Muzik bagai menjadi salah satu bentuk wadah ekspresi jiwa yang melegakan.

Jika disingkap kembali kepada senario hiburan tempatan pada waktu itu adalah tersangat menyedihkan kerana penguasaan golongan karyawan yang tidak punya sensiviti kepada progresi evolusi corak hidup alternatif, golongan muda/remaja. Sebahagian besar karya muzik mainstream yang diciptakan itu perlu berlandaskan kepada nilai komersil dan ini begitu menyesakkan citarasa golongan muda yang ingin sekali mencari kelainan. Sebut sahaja dari segi citarasa muzik, filem mahu pun budaya hidup, jelas golongan anak muda moden mahukan sesuatu yang mungkin tiada nilai komersil langsung tetapi kuat ciri estetikanya.

Bertitik tolak dari kemunduran dunia muzik tempatan, maka kelahiran aliran corak hidup alternatif melalui dunia muzik dilihat sebagai satu cetusan budaya pop yang menjana pengikutnya sendiri. Pada waktu itu rasanya kemeriahan dan keakraban sesama pengikut ‘undergrounders’ terasa utuh kerana bersemangat tinggi untuk mewujudkan dunia muzikal mereka sendiri. Tiada sebarang sempadan yang menghalang mereka dari menikmati alunan protes dan kekerasan dari pemuzik bermahzabkan underground kerana ia turut terkandung bersama cetusan hati dan jiwa pemberontakan remaja pada waktu itu.

Turut sama lahir seiring dengan cetusan ini adalah kepelbagaian corak genre muzik tempatan. Daripada golongan pendengar muzik Melayu yang terkenal sinonim dengan irama leleh maka pencetusan genre muzik dari aliran kumuh Rock n’ Roll seperti Heavy, Speed dan Death Metal bagaikan mantra anak muda. Boleh dikatakan eksistensi gig-gig muzik underground muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan . Walaupun dijalankan secara kecil-kecilan di kelab malam atau pub-pub sekitar kota, namun kehadiran pengikutnya makin bertambah dan secara tak langsung gerakan ini boleh dikatakan mencapai status ‘cult’.

Kemasukan era 90’an, terasa benar-benar memberi impak yang besar. Jelas dari perubahan arah muzikal ketika itu turut sama mempengaruhi gaya hidup terkini dengan kelahiran generation-x yang membuahkan genre muzikal seperti ‘alternative’, ‘grunge’, ‘indie’, ‘brit pop’, ‘punk’, ’skin’, ‘hardcore’ dan pelbagai lagi. Ia bagaikan virus yang pantas menular di kalangan remaja sekolah untuk turut sama mengikuti trend muzikal terbaru hasil import dunia hiburan antarabangsa. Kemeriahan begitu terasa, malah semakin banyak pula band-band gagasan anak muda Malaysia yang hebat wujud pada waktu itu seperti O.A.G, Spiral Kinetic Circus, Carburetor Dung, Butterfingers, Namesis, The Pilgrims, A.C.A.B dan banyak lagi.

Sekitar pertengahan 90′an, industri muzik underground tempatan bagaikan mencapai kemuncaknya kerana semakin banyak penganjuran gig-gig dilakukan di luar daripada ibu kota. Pulau Pinang , Perak dan Johor Bharu turut sama mempunyai pengikut undergrounders tersendiri dan hampir setiap hujung minggu pasti ada sahaja gig-gig yang dianjurkan oleh kumpulan underground tempatan. Apa yang membanggakan adalah kunjungan secara rasmi kumpulan–kumpulan muzik antarabangsa seperti Third Eye Blind dan Fugazi ke Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan bermain muzik di Fire Discotheque. Penganjurannya dilakukan secara serba serderhana tetapi tetap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada khalayak undergrounders Malaysia.

Tidak ketinggalan, pergerakan muzik underground Malaysia ini pernah mendapat liputan yang khusus daripada majalah US berpengaruh seperti Rolling Stone. Pada edisi 528, November 1996, wartawan David Wright-Neville menulis satu halaman penuh tentang cetusan kelahiran budaya underground. Boleh juga disemak pada halaman 39, beliau menamakan tajuk artikelnya sebagai “The Rebels of KL: Malaysian subcultures are smashing stereotypes with their own brands of punk rock and grunge.” Jadi disini saya mengambil satu petikan komentar beliau berkenaan tajuk di atas.

“If there is any truth to the maxim that the more oppressive the dominant culture the more creative the subcultures, then tonight’s gathering of punks, skin heads, dreads, and doyen of grunge speaks volumes about modern Malaysia. There are Malays, Chinese, Indians and a smattering of Eurasians, all gathered in an almost celebratory atmosphere which certainly speaks well of Malaysia’s ability to manage its once explosive ethnic mix.”
Malangnya pandangan positif diatas tidak selalunya dikongsi bersama wartawan akhbar perdana Malaysia. Pernah tercetus satu kontroversi yang mengemparkan negara akibat daripada kewujudan budaya underground suatu waktu dahulu. Ia dijadikan satu isu sensasi negara kerana akhbar tersebut menampilkan foto seorang pemuda skin yang sedang asyik berpogo di salah satu gig di ibu kota. Isu laporannya benar-benar memberikan pandangan yang negatif kepada masyarakat dan secara tak langsung remaja Malaysia dituduh menghadapi krisis moral yang parah. Maka semenjak dari insiden itu juga semakin banyak gig-gig muzik underground diserbu polis atas arahan pihak atasan kerana khuatir dengan tahap keruntuhan moral anak muda. Pelbagai penyakit sosial turut dibangkitkan seraya dengan penglibatan ramai remaja yang gemar mengunjungi gig-gig ini.

Semenjak dari insiden itu, maka pergerakan golongan underground menjadi sedikit mundur. Penganjuran gig juga semakin berkurangan walaupun kadang kala setiap bulan pasti ada juga penganjurannya. Maka dari sini terkesan kemunduran dari segi pengelolaannya dan bertambah parah banyak pula band-band yang menemukan titik noktah berkarya mereka di persada underground. Tambah memeritkan adalah apabila insiden Black Metal yang disensasikan oleh pihak akhbar 2 tahun yang lalu … Akibatnya senario muzik underground menghadapi kelesuan.

Walaupun begitu, untuk mengatakan scene underground telah berkubur adalah satu pernyataan yang mengundang kecelakaan kerana ia masih bernyawa dan akan terus wujud selagi ada golongan generasi muda. Jika diperhatikan sekarang (setelah hilangnya badi insiden Black Metal), senario underground kembali mengelegak. Tetapi intensiti dan penyatuan kelompoknya tidak seperti pada zaman permulaannya. Kini lebih banyak gig yang dilakukan atas dasar berpuak-puak mengikut genre muzikal yang tersendiri. Tiada lagi ‘unity’ yang sering dilaung-laungkan dahulu. Kalau diukur pula dari segi prestasi dan penguasaan muzikal memanglah amat membanggakan. Begitu ramai pemuzik muda generasi pelapis memiliki penguasaan dan kefahaman yang baik di dalam soal teknikaliti mereka untuk bermuzik.

Dan isu terakhir yang menjadi kudis adalah soal pengurusan sesebuah show,gig atau konsert yang melibatkan nama-nama kumpulan underground. Sikap para penganjur kadang kala amatlah menyedihkan kerana yang dikejar adalah potensi komersil semata. Mereka bijak memanipulasi keadaan atau etika undergrounders bagi memenuhi keuntungan yang membuah kepada poket di samping tidak memandang serius kepada ‘equipments’ instrument muzik dan juga ‘welfare’ sesebuah band. Ada kalanya bayaran upah yang diberikan kepada band juga mengecewakan dan hanya cukup makan. Jika dilihat dari sudut kewangan memang bukanlah soal pokok, tetapi setiap dari anggota band-band perlulah diberi imbuhan yang seimbang dengan perkhidmatan mereka menghiburkan khalayak.

Jika keadaan ini berterusan, munkin senario muzik underground tidak mungkin mengalami evolusi sikap dan perubahan yang boleh dibanggakan.

kaki seni 01. 07. 2003

qarem pick dari www.sampahsociety.com

Monday, February 25, 2008

Sex & the people of the city.

www.bendaaneh.blogspot.com

die ckp esok dah takde dah bnde ni kat blog die...
usha la sane..
=)

by bendaaneh

Sex & the people of the city.

It was one of those normal nights where I happily surfing the net and at the same time busy managing my personal blog when all of the sudden an uncivilized person, a man, I believe, left me a very disturbing and petty sexist slur. I was taken aback by it. It’s not as if I am not used to dirty words or whatsoever. But the fact that I have left this childish name-calling game years ago about the same time I left my pre-puberty days, made me feel like soo old fashioned when an incredibly anonymous man came in and posted a sexist slur that includes the female private part. Anyways, you are not really anonymous lah Mr Babisayang (as he named himself and no I didn’t make this up). I know you’re from some ceruk in Puchong, Selangor. 60.48.186.# is your IP address and (smirk) guna dial-up ke bang? Pathethic. Thank you technology. Anyways, I gotta thank him for being childish because if he didn’t, I will still be scratching my head right now, wondering what else to wrote for kasikampus.

This occurrence really makes me wander, how far can a person go in harassing us, sexually. Does sexual harassment means something only when verbal touches are involved? What about the non-verbal ones? What about making funny mouse-like sound every time a girl passes by? What about commenting about the voluptuous figure of an unassuming passer by out loud? What about winking endlessly to a woman who looks terribly have zero interest at you? On a more personal note, as long as a woman is offended and felt extremely uncomfortable by your actions, you have committed a sexual harassment towards her. You may think there is no harm in calling her sayang or adik manis when she’s obviously not related to you in any way, but she might not feel the same. She might think it’s completely not okay for you to call her sayang unless she’s married to you. Women have the right to feel free and at peace whenever she steps out of her house and into the real world where various type of people lurking at every inch of this world. I know not one woman that feel honored when she was given the lustful stares and dissipated smiles from strangers who looks like he is more than eager to strip you down that instant and what more if you are called names.

I think our people are still not aware that they are offending women everyday in their sad lives. They are unaware that their actions are much loathed by women. Funny thing is, we women are helplessly succumbed to this kind of harassment, verbally or non-verbally. We never lash out to those men who downgraded us. We chose to be silent and stick to the “tidak apa” attitude. I mean, I know you are offended, big time, when those guys with brain smaller than their dick started to make that annoying smoochy-kissy sound in hope that you will throw a glance at them. Some of you might turned you head in their way automatically only to see them smiling with their wide icky teeth sticking out like disorderly Popsicle sticks, because your head is programmed to turn your head in respond to that kind of sound. Some of us might resort to technology to ward off unwanted harassment. For instance, I plug my ears with earphones and setting the volume of my CD player at the max every time I walk out of the door. Nothing beats the feeling when I successfully ignored any stranger trying to pick me up with silly pick up lines. If I were to walk alone sans my CD player, I’ll be dead halfway through. Yes. I am guilty for being ignorant towards the harassments. What can a girl possibly do? Make a police report every single time when she was stared or every time she feels annoyed or harassed? The only thing that I am sure the police officer might offer her is to tell her to go back and straighten up her PMS. Who would take us seriously?

When it comes to sexual education, we Malaysians are a badly informed lot. Sexual education does not necessarily mean to show our children how to do it. And if we didn’t educate them about sex or even sexual intercourse, they will eventually learn it the easy way, the DVD way. And I guess that’s where 99% of Malaysian population learns what and where to insert whatever it is to be inserted. Sex education is more than that. It is more than penis and vagina. Telling what part is okay to be touch by people and what part are strictly off limits is one of the early sex education that we can give to our children. I am not being oh-so-modern shits and all but, I wonder why we are so afraid of the word sex. It’s a taboo to speak openly about sex. Yes, we are the eastern people living in the east where the most polite people on earth are claimed to be, living in this piece of land. Tell me, if we are so polite, then why are kids being kidnapped, raped and eventually killed? Why do our so-called educated menteri uses the F word in the parliament? If we are so polite, then why Kempen Budi Bahasa is even necessary? Isn’t it ironic?

Any person who fights for sex education to be inserted into the syllabus as a part of the education will be considered as insensitive and critiqued as being slightly too western-thinking. We Malaysians claim ourselves to be the oh-so-advanced-and-the most-open-minded-people-in-the-east, but still, we can’t even tolerate Faizal Tahir’s infamous shirt off incident and what more sex education being introduced to the youngsters. It’s proven. We are not so open-minded after all.

I’m rooting for a change. Are you in?