Thursday, February 14, 2008

Komen Bijak by qareem

by qareem
assalamualaikum.

melihat dari situasi sekarang. yang berada dalm blog ni yang asyik dok bertingkah pasal apa 'boikot', 'tegur-menegur', 'tshirt','independent band','groupies', 'poser' dan sebagainya. aku terpanggil untuk memberi kata dua.

aku nk beri komen berkaitan 'scene music malaysia' secara overall.

korunk kena tau dan lihat dengan mata hati bahawa scene music malaysia berpecah kepada tiga bahagian.

1. Mainstream
2. Independent (dulu dikenali industrial)
3 Underground.

Kenapa begini?? biar aku explain.

Mainstream - secara amnya artis yang boleh diberi contoh ialah Ella, Mawi, M Nasir, Exist dan sebagainya yang berkaitan. Mana-mana artis malaysia yang bernaung dalam 'record label'(syarikat rakaman) yang 'besar' seperti EMI, SonyBMG, SuriaRecords adalh tergolong dalam mainstream. Tambahan itu, kualiti recording lagu untuk mainstream adalh 200% terbaik kerana diconduct oleh engineer sound professional. Segala jualan album di uruskan 'record label' 100%!
Artis hanya datang buat persembahan, record lagu dan ikut arahan 'company label'. Jika artis langgar term seperti menjual album secara 'solo/jual sendiri', artis akn dikenakan tindakan undang2 mengikut perjanjian. Segala promotion juga di lakukan oleh 'record label'. Artis hanya terima royalti album serta pecahan duit dari konsert yang disertai. itulah mainstream. Dan musik mainstream ketika ini?? Itulah yang mewakili ikon malaysia sekarang.
p/s: siti nurhaliza dikatakan sebagai 'up' sedikit dari mainstream. kerana dia ada record label sendiri. dalam malaysia cuma ada beberapa seperti dia iaitu KRU. maka, tidak boleh diletakkan 'tapak' siti dan kru dalam mainstream walaupun populariti mereka dalam mainstraem.

Independent/Industrial - Artis yang boleh diberi contoh ialah Hujan, MeetUncleHussein, Missing Chapter, Revenge, Sevencollartshirt, Bau, Nitrus dan sebagainya. Independent artis BERGERAK SENDIRI/SOLO dalam penjualan album, promosi dan sebagainya. Kalau nk kontek mereka nk buat perform, kita on direct kepada artis. Tanpa perlu orang tengah/record label seperti artis mainstream. Kualiti lagu dalam independent adalh 100% kerana artis sendiri yang men'setting' sound mereka mengikut citarasa sendiri. mungkin ada sedikit bantuan dari engineer sound, tetapi sedikit saja. Mari kita ambil contoh HUJAN: mereka bergerak sendiri dalam mempromosikan band mereka keseluruh malaysia. Tak dinafikan mereka ada PR, manager. Itu bukan menunjukkan mereka mainstream kalau mereka ada PR atau manager. Sebabnya mudah, 'manager yang ikut cakap artis'. Kalau mainstream, artis ikut cakap manager! Malah, kita dapat lihat dalam show HUJAN, mudah sahaja untuk audiens bergaul rapat dengan HUJAN tanpa di kawal oleh mana2 bodyguard, Hujan sendiri yang datang kepada audiens. Nk dekat dengan MAWI kt show? Sorilah.. Kena beratur panjang.. Sinonimnya, HUJAN , meetunclehussein, bittersweet dan mana2 artis independent yang lagunya kluar radio adalah "ARTIS YANG BERTAPAK DI INDEPENDENT TETAPI MEMPUNYAI POPULARITI,PEMINAT DALAM KANCAH MAINSTREAM". Ingat itu. Independent bermakna artis tidak bernaung dalam record label besar. Mereka memutuskan acuan musik mengikut citarasa sendiri. Butterfingers ketika awal penubuhan adalh independent, tetapi bertukar mainstream setelah menyertai EMI, kini 'kembali semula ke arah independent setelah keluar dari EMI' So, ada apa lagi nk tanya pasal independent? ha lupa, independent band/artis ni semuanya keluar modal sendiri nak buat album. Bukan syarikat rakaman yg tanggung tau..
p/s: Independent ni pun terbahagi kepada dua part.
1. Yang berduit/ada modal besar - seperti HUJAN,meetunclehussein,estranged, komplot
2. Yang kurang berduit/kurang modal besar - seperti... er.. anda fikir sendiri je lah. mana2 band/artis yang kurang bergerak buat show.

Underground - Contoh artis yang dalam arena ini ialah Bleeding mascara, kias fansuri, halal hadhari, carburetor dung, cholyra, the suspect aka, roots n boots dan sebagainya. mengapa dikategorikan dalam UG? kerana kualiti album,lagu dalam band ni hanya menjangkaui 80% sahaja. (ni aku tanya sound engineering yamaha tau), maafla kalau wat terasa hati. lagu2 diproducekan untuk kepuasan sendiri dan sekelompok peminat sahaja. Lihat la genre yang mereka perjuangkan, berapa ramai org kt malaysia ni dengar metal, skramz, ambiet, experimental, oi dan sebagainya. tetapi kalau mainstream dan independent, musik mereka boleh diterima ramai org. (kesimpulannya, maintream dan independent artis LEBIH RAMAI peminat dari UNDERGROUND artis: REALITI!). Mungkin ada antara band UG pernah perform kt luar negara, tetapi itu adalah batu loncatan untuk mereka menyertai kancah independent kerana selagi mereka tidak meningkatkan kualiti lagu/album mereka (takdelah bunyi pecah, buzzing, timing yg cantik, arrengemet yang tight dan menepati ciri kualiti terbaik) barulah artis ni boleh diangkt ke independent. Yang menariknya ttg UG ialah cara mereka mempromo, jual album mereka adalh sama seperti independent artist. Bergerak secara sendiri/solo. Yang membezakan(perbezaan ketara) antara UG dan Independent ialah kualiti(lagu dan album), peminat(ramai ke tak?), kekerapan perform(jenis gig), kondusi peminat(moshing teruk ke tak?) dan gaya persembahan mereka. UG artis.. hmm. mestilah kita kurang dengar nama2 band mereka kan kluar kt radio? memanglah... pernah dengar IROTORI?, Cassandra?, Cannaris?, MonacoHeartAttack?, At Least I Speak?, DEWATA?, AfterPhysics? dan macam2 lagi lah.. - 'radio tu objek promosi ja, tolong jangan anggap bila lagu band tu kluar radio, terus label band tu mainstream. Tolonglah!'

Fuh cukuplah aku terangkan pasal scene music malaysia. harap korunk dapat 'tangkap' apa yang aku sampaikan.

chalobetey!

6 comments:

Anonymous said...

satu lagi pendapat yg amat professional dan bijak!
tabik sama kau qareem!

Dato' Fazly said...

aq pernah denga cassandra... tpi takde la minat... psl indie tu.. aq setuju... mane de syarikat beso involved ngan dorang...

Loque said...

bagus2 ..
berabnding tiga2 tu..
aku lebih ke arah music indie..

Anonymous said...

askm,

yea...aku bukan ape cume terpikir sebab dulu aku mase zaman aku sekolah dulu aku ade la pegi gig2 u/g yang aku rasekan itulah 'the real' u/g gig klu nak dibandingkan dgn u/g gig skrg. ini kerana pada pendapat aku gig2 u/g zaman sekarang ni macam ntah aku pon xtau nak kate kan camne kan.bagi aku ianya adalah lebih kepada sifat2 mainstream.dan super-hipokrit.salah satu sebab utama ialah ia seperti KONSERT dan bukan lagi GIG.So xpayah le nak cakap "eh nanti ade gig blablabla kat stadium blablabla'...rasenye dulu gig u/g yang aku pergi semua kat dewan2 kecik/tersorok kat taman2 perumahan di mana dihadiri oleh sekelompok golongan remaja/x-remaja.aku bukan ape kan, klu nak dibandingkan mase zaman gig yg aku pergi dulu mmg jauh berbeza.band2 yg anti-kerajaan, anti-itu dan anti-ini dan bermacam2 lagi band yang perform mmg semuanya betol2 independence bukan mcm independence yg sekarang ni ok. diorang mmg semua pakai modal sendiri.klu nak rekod album tu mmg pegi je kat jamming centre pastu rekod la sendiri kan.suare kadang2 tu mmg hancus.pastu nak jual diorang punye album ialah di GIG bukan di PASARAN. dan harga yang dikenakan mmg macam xbalik modal.Sbb diorang buat bende tu bukan utk dapat duit, tapi utk menyampaikan apa yang terbuku dihati atau pun lebih senang cakap pemikiran diorang.band2 thrash, h/c, punk/street, dan bermacam2 lagi aku bg satu contoh la kan Plague Of Hasppines.malangnye aku dengar P.O.H ni pon macam dah mainstream.tapi xtaula kesahihannya sebab dah lama xpegi gig u/g yang macam dah tenggelam dek gig2 'u/g' alaf baru skrg.klu dulu u/g gig penuh dengan budak2 rambut pacak(punk), skin, h/c dan bermacam2 lagi.patches sana sini...seluar koyak-rabak...ngan selipar jepun pon ada..dan bermacam2 lagi..awek tu mmg susah la nak jumpa.tapi kalau sekarang...hai...jauh panggang dari api...yang dengan dress-up nye macam nak g clubbing pon ade la ngan berkepit ngan aweknye lain..ngan bangle, rantai la dan ntah ape2 lagi..tapi itulah hakikatnye.mgkn sbb zaman dah berubah dan masing2 pun dah mula mencari nafkah....tapi kesimpulannya bagi aku itulah the-real u/gders...dan itu hanyalah sekadar secebis pendapat dari aku yang kosong ini...sekian...

Anonymous said...

askum.
aku skong pe yg sucka ckp.
dlu n skng laen ah.
kalu dlu ugrounders men mzik kat studio kcik,dewan2 kcik,umah2 membe byk ag ahh tapi skng?
korang sneri leh nmpak.
dlu ad gig yg tak pyh kuar duit sesen pon.mang free of charge.
undergrounders just men kat gig tuk perjuangkn mzik yg dorg bwk.
tak kire ahh mzik ape,oi! ,metal,punkrock,trash,hardcore dan bla bla bla..
dorg men mzik tok kepuasan dri jek.
tok wat membe2 hapy.bla bla
skng gig kalu nak masok pon keno la byor berbelas2 inggit.puloh2 pon ado.
polek2..
mgkin sound sume lebeyh elok dr dlu kan.tak pe ahh yg pentg aku harap still ade yg skong ug.
ug lah telah mematangkan aku .
thank u
-fara-

Futures!Trick said...

memang dunia Underground x spt dulu lgi, apa yg aku ingin katakan tentang budak2 poseur & yg x mnyedari erti muzik sebenar pada hari ini apa tujuan & matlamat!