Thursday, February 14, 2008

Komen Bijak by Jack

by jack

“Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan”

Begitulah gambaran Hujan didalam bait2 lirik lagu yg pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad.Hujan itu pembawa rahmat dan 1001 erti dalam hidup manusia.Sedang enak & leka gegendang kita dihidangkan dengan suara2 gemersik dari seberang dan tanpa jemu2, lagu2 mereka diputarkan disetiap corong2 radio, kita digemparkan dengan satu fenomena baru.Mereka umpama virus kanser yang menyerang manusia secara senyap.Perlahan2 mereka menyusup masuk ke dalam hati peminat muzik tanah air.Dengan istilah tepat aku gelarkan “the silent killer”.Satu “counter attack”berbisa dari mereka kepada pendengar muzik tanah air yang semakin hanyut dibuai angin oleh lagu2 seberang laut.

Band2 seperti Hujan,Meet Uncle Hussein,Bittersweet,Couple dan lain2 mula menjadi siulan dan bahan perbincangan.Memang tak dinafikan Band2 ini sangat berbakat dalam bidang muzik terutamanya penulisan lirik dan lagu.Tanpa menggunakan mana2 nama besar komposer mereka mampu mencipta lagu yang bersesuaian dengan jiwa pendengar tanah air.Mereka berjaya meraih peminat terutamanya Hujan dengan Raingers Fanatiknya.Contohnya Lagu Itu Kamu oleh Estranged telah diangkat menjadi Juara Lagu baru2 ini, merupakan satu Green Light kepada band2 indie yang lain mempunyai pemahaman yang tersendiri dlm bidang seni.

Tapi perubahan yang kita anggap positif dalam bidang seni terutamanya bidang muzik.Suara2 sumbang,penulisan sumbang mula timbul.Biasalah adat masyarakat kita yang agak konservatif yang tidak gemar sesuatu yang baru melebihi dari diri mereka.Kenapa perlu kita melabel Band2 UG,Indie@Mainstream dengan falsafah2 yg bukan2.Biarkanlah jika Band itu ingin meletakkan mereka dalam Label UG @ mainstream,hanya mereka mempunyai alasan yang konkrit untuk membuktikan mereka layak berada di tempat itu.Pernah aku baca penulis blog berasa Band Hujan tidak patut dilabel band indie kerana mereka mempunyai ramai pengikut kaum hawa ketika mengadakan konsert atau gig.Tidak kah itu sesuatu pemikiran sempit.Adakah itu suatu falsafah yang boleh diterima pakai di abad ini?

Bukan niat aku untuk mengkritik mereka yang mempunyai pemikiran sebegini tapi mereka perlu membuka mata, buka minda untuk menerima perubahan.Tanpa ada perubahan mereka ttp di takuk lama.Sebab itu orang tua kita dahulu kala ada menyebut tentang “katak bawah tempurung”.Sampai bila nak duduk bawah tempurung sedangkan skrg berlumba2 org untuk menjadi muzik itu suatu yang global yang dapat dikongsi oleh semua walau di ceruk rantau manapun.Ambil contoh Band The Beatles.Mereka dulu pun main kat dalam pub di sekitar Liverpool.Tapi John Lennon merasakan muziknya akan menjadi lebih indah,lebih bermaksud jika dapat dikongsi bersama-sama dengan peminat muzik yang lain.

Bila muncul Band seperti Hujan, Meet Uncle Hussein yang juga sedikit sebanyak mengambil pendekatan John Lennon untuk berkongsi minat mereka yang mendalam dalam bidang muzik, mereka dihentam dengan tulisan yang agak merapu seperti anjing menyalak diatas bukit(maaf jika agak kasar).Seperti menindakkan bakat @ kemampuan mereka.

Diharap budaya ini dapat dihapuskan untuk kebaikkan kita semua.Kehadiran band2 ini amat dialu2kan moga2 mereka akan terus berjaya dlm memperjuangkan muzik mereka di persada seni negara kita ataupun antarabangsa.Kepada mereka2 yang masih mahu hidup di takuk lama teruskan, tetapi jangan sia2kan bakat yang dianugerahkan.

Sekadar Memberi Pendapat dari sisi kotak fikiran yg berlainan

No comments: