Showing posts with label Fake Local Scene. Show all posts
Showing posts with label Fake Local Scene. Show all posts

Monday, February 11, 2008

Boikotlah Fake Local Scene by Uzairs

By Uzairs

makin lama, makin ramai remaja pada zaman sekarang yang terlalu mengikut-ikut trend atau gaya sekarang. mereka telah hilang identiti diri mengejar sesuatu hanya untuk berada di dalam suatu kumpulan atau komuniti.

contoh, remaja dengan dslr mereka. dahulu, mengambil foto adalah sesuatu untuk mereka yang betul-betul mempunyai minat dah tahap kreativiti yang tinggi sahaja berani mengaku mereka adalah jurugambar. tetapi sekarang, dengan harga yang semakin menurun (kalau tak silap, boleh dapatkan basic kit dengan harga kurang daripada rm3000), semakin ramai mereka yang "meminati fotografi". saya juga kenal segilintir orang yang pernah mengaku "photographers are cool people, they're hot" dan pada masa itu saya memberi pandangan "what the fuck?". cubalah lihat senarai rakan-rakan awak di laman web komuniti seperti myspace atau facebook, saya berani jamin mesti ada yang mengambil gambar mereka sendiri dengan kamera dslr mereka (ataupun pinjam dari kawan). nasib baik komuniti lomo tempatan masih cool dan mempunyai kawalan kualiti (tetapi lomo tak apa, gambar buruk mereka itu adalah yang cantik sebenarnya). saya masih suka kamera digital yang boleh dimuatkan ke dalam poket seluar jeans saya.

satu lagi contoh, golongan yang mengaku mereka pereka fesyen bebas. sangat meluat melihat kewujudan profile daripada golongan sebegini yang semakin bertambah bilangannya di myspace. saya tak kisah kalau awak mengambil kursus fesyen atau tidak, tetapi kalau dah buruk rekaannya, memang buruk la. ramai juga yang tampil dengan rekaan yang dicuri dari internet. mereka mengaku mereka ini adalah pencinta seni, hidup hanya untuk seni. menampal logo yang hodoh (ataupun tulisan) ke atas t-shirt yang dibeli secara bulk bukan seni. itu adalah aktiviti mencetak t-shirt. saya boleh terima jika mencetak t-shirt yang tidak berniat untuk menjadikan ia sebagai fashion item seperti t-shirt sdn dan iheartkl. kugiran-kugiran yang mencari makan dengan menjual t-shirt mereka juga tidak tergolong dalam stereotaip ini. mereka hanya pandai membuat muzik, dan hanya segilintir yang berbakat dalam seni reka. antara label fesyen jalanan bebas(?) yang saya kagumi adalah pop rina kerana berani tampil dengan rekaan yang hybrid(?) dan juga defy, yang menyelitkan mesej-mesej melalui rekaan di atas t-shirtnya.

saya rasa saya tidak perlu menyentuh perihal blog. golongan ini lagi ramai tetapi saya sangat kecewa kerana tidak ramai pun yang mempunyai kreativiti dan dedikasi dalam penulisan. it is always about them, and their new zara tops. kenapa tidak ramai yang ingin menubuhkan blog yang membuat ulasan album dan gig atau artikel yang memberi manfaat kepada semua (bukan seperti penulisan saya yang lebih kepada cakap kosong dan rungutan). bukankah mereka meminati rancangan televisyen kami. tidakkah mereka tergerak hati selepas melihat lyn yang penuh semangat menerbitkan majalah diy style (akta pencetakan dan penerbitan memang mengarut)? bagi saya rancangan bersiri itu gagal, ia mengikut acuan drama televisyen melayu yang stereotaip. ayah seorang usahawan yang hampir muflis, keluarga porak peranda, salah faham. apa yang baru hanyalah tempat mereka berkumpul (di tempat yang berlangsungnya persembahan indie rock), pakaian mereka dan cara mereka bercakap. tiada kreativiti dari segi isi dan cerita, kecuali olahan non-linear yang sangat menarik.

contoh seterusnya, kumpulan-kumpulan seni ataupun penganjur. pernah saya mencadangkan kepada salah satu kumpulan sebegini untuk mengadakan tayangan filem pendek tetapi mereka tidak tahu menahu apa-apa pun malah tidak mengambil inisiatif untuk tahu dengan lebih lanjut ataupun membuat kaji-selidik. tapi ada juga yang berjaya menarik minat saya seperti fireflies and something something. mereka memang sekumpulan anak muda yang penuh dedikasi. mereka bersifat terbuka bukan hanya setakat memenuhkan sesuatu tempat itu hanya kerana kawan mereka yang membuat persembahan.

saya membuat kesimpulan: jika sesuatu itu terlalu senang dan murah untuk dibuat, semakin ramailah yang ingin mencuba nasib. tidak hairan hasil yang buruk jauh lebih banyak daripada yang baik. tidak salah untuk mencuba tetapi tolonglah buat sesuatu kerana anda minat, bukan untuk menarik minat orang lain. just stick to what you know best.

saya berharap aktiviti membuat filem dan video juga tidak menjadi mangsa seterusnya.

p/s: saya tahu, penulisan bahasa melayu/malaysia saya sangat lemah.

Boikotlah Poser by TIDAK DKENALI

sebelum tu aku nak gelak dulu dgn perkataan bajang ni, psl lama tak nampak org pakai atau disebut. huhuwhuawhuawuwah... aku tak taulah kau kenal aku ker tak, tapi perkara diatas membuatkan aku tertarik utk menulis. aku tak pandang benda tu remeh, atau kau hanya main2. semua org sama saja. sebabnya perasaan itu dirasai oleh puak-puak sayap kiri aku jugak. trend, glemer, tiada kualiti dlm hasil karya, usung kamera kehulu-kehilir di gantungkan di tengkuk sebagai perhiasan diri dan tampak coolshit, memenuhkan stage dlm gig, konon2 stylokah ada kamera. p*****k dlm hati aku berkata.mmg betul malu nak bwk kamera. bila ambik gambar semua nak ambik gambar, bila buat t-shirt semua nak buat t-shirt, WTF? nak ambik gambar lomo semua nak lomo, sorang buat vector illustration semua nak buat... photoshop lagi tak usah nak cakap lah. dapat buat efek lens flare pun dah kira terer... hasil mcm gampang pun ada juga yg puji lawa. sebabnya dia puji kerana nak berkawan pastu jadi groupies. tak boleh nak stand alone dgn nama sendiri. aku benci betul dgn poser2. aku bukan nak ckp aku yg terbestlah, dah dekat 8 taun aku dlm bidang ni, aku masih tak berani nak buat exhibition kat public, baru sekali je.(sepetik telunjuk)tu pun sebab ada org nak sponser tempat. sebabnya kita kena pk dulu adakah hasil karya tu betul2 memberi kesan atau hanya sekeping sampah digantung di dinding. benda2 tu mungkin mereka tak terfikir, yg tahu nak femes dan org kenal kau lah 'org art' tu. buat benda2 art ni tak payah org kenal, cukuplah dengan hasil karya sbg penganti diri. dlm friendlist aku ader jer poser2. aku diam je. nak tgk sampai mana dia larat nak buat artwork. adakah meniru atau hasil karya yg original. aku jenis tak ambik tau atau sibuk2 nak jaga tepi kain org, aku nak org tu sedar sendiri. baru dia belajar dari kebodohan diri sendiri. biase la 'org kita', tegur sikit kang merajuk, berdendam, musuh2, mmg tak boleh lari la dari tu. aku tak join rantai event ada yg ckp aku sombong. gampang juga aku rasa dlm hati ni bila aku tak tau ape2 tetiba terkena sumpahan nista. ingat aku suke ke nak kejar populariti. cukuplah hanya berkerja belakang tabir. kenapalah mereka tak faham2... tak tau apa yg mereka cari sebenarnya. mcm memaksa diri je utk merelakan hasil seni memperkosa diri. hahaha... oklah mmg tak abis pun kalau nak di ceritakan... salam~

Boikotlah Trend Malaysia by Syazsy

skrg ni dh jadi TREND to have t shirt/apparel clothing line. setengah aku setuju setengah lagi aku tak setuju psl T yg korang print mengarut2 dari segi ayat. contohnya; ayat2 yang tak sepatutnya korang print.

satu lagi dah jadi trend plak untuk meminati _ _ _ _ _ . some songs are great but its THEIR fans make them look horrible. so to THEIR fans. you guys suck.eat my right toe.

and its a TREND to snap pics and have your pics at an event called _ _ _ _ _ _ _ _. you think it makes you fucking cool to have your pics at "that" event hanging on your myspace.

BE YOURSELF. IF YOU DONT BE YOURSELF SAMPAI BILA INDIPENDENT ARTS TAK DI RESPECT OLEH ORG LUAR. JGN IKUT TREND LA GAMAKNYA.IKUT KATA HARI DAN DIRI SENDIRI. JANGAN PIKIR COOOLLLNESSSSSS..PIKIR APA YANG KORANG MAHU DI JIWA DAN HATI DAN SANUBARI.

padahal event yg korang organize tu bukannya se-organize yg korang sangkakan pun..its because ada supportsss, nampak la organize. buat event biar ikut TIME. kalau time tu ko fix pukul 4, pukul 4 la start. mana2 problem occured during event, sila berikan apologies to the event attenders.

CARA BEGINILA NAK DIGUNAKAN KALAU KORANG NAK TERUS DI SUPPORT. BUDI BAHASA BUDAYA KITA.TAK GITU MALAYSIA?

JGN EXPECT SEMUA ORG SUKAKAN APA2 YG KITA,KAU,DIA,KAMI BUAT. SEMUA ORG ADA LOVERS AND HATERS. AND IF ADA ORGBERI TEGURAN SILA LA BUCK YOUR ASSSSSSSSSSSSS UP!

Credit : http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendID=111354072

Sunday, February 10, 2008

Boikotlah Kami by Bajang

since the KAMI series started.kids and even adult start to copy what they seen on tv. mmg best crite tu. mmg kene la dgn remaje. x salah kalau nak minat. tapi jangan la taksub dan terikut2 since cerite tu.event2 dan gig2.mule dikerumuni dan menjadi buah mulut. ade tu post bulletin benda same 50 kali sehari. x naik plak darah ko tgk. mmg elok suppport event and gig local act n stuff tapi kalau tiap2 minngu muke same.x pening ko. org nak mosh dia nak mosh.mcm haram.kalau yg smart tu smart ah.ni yg cube2..mc sial je aku tgk.mcm badut da.perempuan da tau situ mcm tu lagi nak dekat2.kalau perut da terkene terajang.tau plak nak nangis.nak marah... perempuan yg tergedik2 plak.dlm gig gesel2 dkt aku.kalau da kene rogol.tau plak nak marah. yg jenis x faham bahase ade gak.boleh plak nak bakar rokok.organiser x bagi ko TEGAR jgk.nak isap pegi la keluar ke.isap kat tandas ke.do respect org yg x isap rokok tu.kene la faham.mcm dalam wayang kene silent hp.cmtu la jgk dekat gig.JGN ISAP ROKOK.kalau ko nak jugak .ko organise gig sendiri k? dgn budak2 skarang panadang orang atas bawah.tengok teliti ape dia pakai ape lawa ape x lawa.pastu kutuk2.tau la korang tu up to date.atau trendy.rockstar pun dtg pakai slipa jepun je.mmg x salah nak dressup.pakai la ape pun.tapi jgn la nak judge org. skarang aku tgk.musim gig.gig x putus2.ok la. scene underground kite membangun. bagus la utk label2.duit masuk.rezeki ko orang kan.alhamdulilah. itu ape yg aku rase.aku pun manusia x perfect.tapi aku nak luahkan je ape yg aku rase kat dlm ni.nak terime ke x.suke hati. :)

CREDIT BAJANG www.myspace.com/hujanbajang