Monday, March 10, 2008

Senario by Akula

apabila sesuatu senario bermula, sememangnya kita seolah-olah merasa bangga akan kehadiran senario yang di anggap "baru" dalam masyarakat kita. tetapi adakah kita sedar bahawa senario ini mengundang kepada perpecahan dan perbalahan yang akan menyebabkan mereka terjerums kepada sesuatu agenda yang tidak sihat dan tidak menguntungkan sesiapa.
band-band yang muncul atau lahir pada era 2000 atau zaman moden ini banyak berkisar kepada jenis-jenis music yang berdasarkan kepada music luar negara yang sudah tercipta sekian lama. mungkin ada yang sudah mengetahui akan kemunculan music ini, tetapi adakah kita sedar akan pembawakan music ini ke dalam budaya malaysia atau lebih tepAt lagi budaya melayu?
kita semua tahu bahawa semua jenis music ini menjadi ikutan atau trend dalam masyarakat sekiranya mendapat sambutan hangat di pasaran. tetapi cara pembawakan yang betul dalam masyarakat kita atau pembudayaan music berkenaan dalam jiwa kita itu betul?
banyak anak-anak muda sekarang terlalu obses akan pembawakan music berunsur underground, indie dan sebagainya dan mereka terlalu bangga akan kehadiran music ini ke dalam jiwa mereka.
band-band yang mungkin di sangka popular seperti hujan, meet uncle hussein, bittersweet, chentaku dan sebagainya sebenarnya cuba menerapkan music berunsurkan underground dan indie ke dalam jiwa melayu dan memelayukan music ini sebagai alternative untuk menjadi popular sebenarnya dan menjadi sebutan remaja masa kini.
tetapi adakah band-band ini sedar akan cara pembawakan music berkenaan ke dalam jiwa masyarakat melayu dan malaysia sebenarnya sedikit sebanyak mengggugat identiti kita?
kebanyakkan yang hadir sekarang mempopularkan sesuatu di luar adab kita yang sememangnnya menekankan ciri-ciri sebuaH bangsa yang menjadi sebutan dunia. inikah yang di bangga-banggakan oleh kita sekarang? adakah ini yang kita cari sebenarnnya dalam industri kita? adakah music ini akan menjadi contoh kepada masyarat kita?
sebenarnya kita perlu balik semula kepada identity sebenar kita, bukan mengikut dan bukan meniru, kita adalah kita. kita ada identiti kita, kita tahu siapa kita. kita tahu mana baik buruknya.
cuba KITA renungkan kembali akan asal usul kita, siapa kita sebenanrnya dan apa yang kita mahu dalam dunia ini sebenarnnya?
yang baik dijadikan ikutan, bukan menunjukkan ciri-ciri melayu yang hilang adab sopan! membawa identiti yang tah dari mana datang lalu menyebarkan kepada remaja-remaja yang kadang-kadang bodoh x reti nak fikir. ikut membuta tuli..
tah apa diorang paham dengan mengikut benda-benda yang x berfaedah tu?
media also. support benda yang tak betul, kalau betul memainkan peranan sebagai media, kenapa tidak menunjukkan contoh yg baik kepada masyarakat?
yang di bangga concert yang tak datangkan hasil. penuh satu stadium, kalau mengaji dan ke arah keagamaan haram, sekor pon x reti datang..
itukah yang menjadi contoh kepada kita? renung-renungkanla..
akula,

2 comments:

Anonymous said...

saya bersetuju dengan penulis.
hiburan boleh melalaikan jika berlebihan.
kadang-kadang senario ini berlaku pun
ada hikmahnya. biasalah, kita org Malaysia..suma nk ikut org.

Anonymous said...

Lu pandai ckp sajela..lu ader wat ke cam lu ckp!
smua org ader hak masing2 dlm membuat sesuatu..sape kata xder org pegi ceramah agama, konsert islam..ader je..kw tu yg x prnh pegi.kutuk pandai! bodoh!