By Uzairs
makin lama, makin ramai remaja pada zaman sekarang yang terlalu mengikut-ikut trend atau gaya sekarang. mereka telah hilang identiti diri mengejar sesuatu hanya untuk berada di dalam suatu kumpulan atau komuniti.
contoh, remaja dengan dslr mereka. dahulu, mengambil foto adalah sesuatu untuk mereka yang betul-betul mempunyai minat dah tahap kreativiti yang tinggi sahaja berani mengaku mereka adalah jurugambar. tetapi sekarang, dengan harga yang semakin menurun (kalau tak silap, boleh dapatkan basic kit dengan harga kurang daripada rm3000), semakin ramai mereka yang "meminati fotografi". saya juga kenal segilintir orang yang pernah mengaku "photographers are cool people, they're hot" dan pada masa itu saya memberi pandangan "what the fuck?". cubalah lihat senarai rakan-rakan awak di laman web komuniti seperti myspace atau facebook, saya berani jamin mesti ada yang mengambil gambar mereka sendiri dengan kamera dslr mereka (ataupun pinjam dari kawan). nasib baik komuniti lomo tempatan masih cool dan mempunyai kawalan kualiti (tetapi lomo tak apa, gambar buruk mereka itu adalah yang cantik sebenarnya). saya masih suka kamera digital yang boleh dimuatkan ke dalam poket seluar jeans saya.
satu lagi contoh, golongan yang mengaku mereka pereka fesyen bebas. sangat meluat melihat kewujudan profile daripada golongan sebegini yang semakin bertambah bilangannya di myspace. saya tak kisah kalau awak mengambil kursus fesyen atau tidak, tetapi kalau dah buruk rekaannya, memang buruk la. ramai juga yang tampil dengan rekaan yang dicuri dari internet. mereka mengaku mereka ini adalah pencinta seni, hidup hanya untuk seni. menampal logo yang hodoh (ataupun tulisan) ke atas t-shirt yang dibeli secara bulk bukan seni. itu adalah aktiviti mencetak t-shirt. saya boleh terima jika mencetak t-shirt yang tidak berniat untuk menjadikan ia sebagai fashion item seperti t-shirt sdn dan iheartkl. kugiran-kugiran yang mencari makan dengan menjual t-shirt mereka juga tidak tergolong dalam stereotaip ini. mereka hanya pandai membuat muzik, dan hanya segilintir yang berbakat dalam seni reka. antara label fesyen jalanan bebas(?) yang saya kagumi adalah pop rina kerana berani tampil dengan rekaan yang hybrid(?) dan juga defy, yang menyelitkan mesej-mesej melalui rekaan di atas t-shirtnya.
saya rasa saya tidak perlu menyentuh perihal blog. golongan ini lagi ramai tetapi saya sangat kecewa kerana tidak ramai pun yang mempunyai kreativiti dan dedikasi dalam penulisan. it is always about them, and their new zara tops. kenapa tidak ramai yang ingin menubuhkan blog yang membuat ulasan album dan gig atau artikel yang memberi manfaat kepada semua (bukan seperti penulisan saya yang lebih kepada cakap kosong dan rungutan). bukankah mereka meminati rancangan televisyen kami. tidakkah mereka tergerak hati selepas melihat lyn yang penuh semangat menerbitkan majalah diy style (akta pencetakan dan penerbitan memang mengarut)? bagi saya rancangan bersiri itu gagal, ia mengikut acuan drama televisyen melayu yang stereotaip. ayah seorang usahawan yang hampir muflis, keluarga porak peranda, salah faham. apa yang baru hanyalah tempat mereka berkumpul (di tempat yang berlangsungnya persembahan indie rock), pakaian mereka dan cara mereka bercakap. tiada kreativiti dari segi isi dan cerita, kecuali olahan non-linear yang sangat menarik.
contoh seterusnya, kumpulan-kumpulan seni ataupun penganjur. pernah saya mencadangkan kepada salah satu kumpulan sebegini untuk mengadakan tayangan filem pendek tetapi mereka tidak tahu menahu apa-apa pun malah tidak mengambil inisiatif untuk tahu dengan lebih lanjut ataupun membuat kaji-selidik. tapi ada juga yang berjaya menarik minat saya seperti fireflies and something something. mereka memang sekumpulan anak muda yang penuh dedikasi. mereka bersifat terbuka bukan hanya setakat memenuhkan sesuatu tempat itu hanya kerana kawan mereka yang membuat persembahan.
saya membuat kesimpulan: jika sesuatu itu terlalu senang dan murah untuk dibuat, semakin ramailah yang ingin mencuba nasib. tidak hairan hasil yang buruk jauh lebih banyak daripada yang baik. tidak salah untuk mencuba tetapi tolonglah buat sesuatu kerana anda minat, bukan untuk menarik minat orang lain. just stick to what you know best.
saya berharap aktiviti membuat filem dan video juga tidak menjadi mangsa seterusnya.
p/s: saya tahu, penulisan bahasa melayu/malaysia saya sangat lemah.
Monday, February 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
komen terhadap user id "otak"
hrm.. rasanya byk btol benda yang tersilap dlm posting komen ko ni .. firstly.. sumenye nih bukan posting blog dari seorang pihak je.. semuanya dihantar secara peribadi ataupon diambil dari ruangan blog / berita yang menulis hal yg berkaitan ( HUJAN ) so bila ko komen "abang blogger" kat posting "Boikotlah Trend Malaysia by Syazsy" nampak sgt la ko attack kat salah org.. sbb syazsy tu perempuan.. or ko mungkin memang nak tujukan kepada pembuat blog ni sbb ko knal dia ke camne? huhu
pasal posting trendy.. tshirt yg print merapu2.. ko ckp jgn boikot.. bestu..kalu pegi mana2 barang tak elok pon kene support jugak ke? kene beli jugak ke? kalu dah sah sah tshirt tu mengarut n smata2 beli utk nampak cool je.. kene support jugak ke? dlm posting tu syazsy dah tolong tunjuk ajar supaya bebudak yg print tshirt mengarut tu utk print la line2 yang sedap sikit mata memandang.. " i love mom " ..kan sedap tu...ini print " mak aku kata mak kaw tu ronggeng " huhuhu ape yg elok nye kat situ utk disupport or utk dibeli skali pon? Dan terang2 nye si syazsy tu menegur ngan cara elok.. dan rasenye kalau aku lah…tshirt aku ke artwork aku ke kene boikot ke kene ban ke… kene berusaha la juga utk buat art or tshirt yg laie bagus… bukan bila kene tegor je… tak kira la kene tegor ke kene marah ke kene puji ke.. kene baling ke…tiap2 kali pon mesti berusaha utk memantapkan art or design tshirt sendiri kan? Setuju? Ke aku silap ehk? Huhu kalu silap tegurla…
dlm posting bajang tu plak.. ko ckp mcm org tu tulis / kutuk pasal Hujan… ko citer pasal siti nurhaliza plak tu… si mamat tuh ckp pasal fan dier yang terlampau poser..ari2 citer pasal Hujan… pastu didelete oleh member dier dimaispes bila dier ckp dia tak suka Hujan.. so mmg la dia mcm kecewa..n begitu la bahasa orang kalu keciwa ke marah ke.. lagipon.. tak semestinya setiap kali nak menegur satu2 menda.. kene guna bahasa indah2 or cantek2.. oh..kalu guna bahasa indah dan cantek2 barula org tu bleh sedar n memperbaiki diri ehk? Aku rasa mungkin sbb tu la kot byk btol bebudak skang nih nakal2 or merempit sbb cikgu2 or polis2 tak menegur atau menasihat menggunakan bahasa2 indah or cantik kot? Nnt ko nak ckp plak jgn samakan budak skola ngan fan2 hujan? Or jgn samakan budak skola ngan bebudak art… tapi apa yg bezanya.., masing tgh belajar n mmg sepatotnye yg dah lama dlm bidang masing2 menegur salah silap yg baru… walaupon secara kasar…sbb perihal yg melampau or biadap tak semestinya ditegur ngan bahasa indah2 or gemersik kan? Ke aku salah juga?
Dlm posting Hujan di boikot oleh wartawan Berita Harian.. ko kuarkan hadis plak.. hadis riwayat ke firman ke sabda ke.. aku tatau la sbb aku series ckp aku tak la hebat bab2 agama n nampaknya ko hebat dari aku dlm memetik sabda ke firman ke hadis riwayat ke.. napa ko tak komen si wartawan tu…ko tak ckp plak yg wartawan tu tak menegur or tak membangun bersama golongan muda zaman skarang? Napa ko petik ayat2 plak.. ko tulis mcm wartawan tu melukai hati Hujan or fan2 Hujan plak…er…wait wait.. ke ko tulis tuh utk Hujan yg telah melukai hati para media? Hrm… huhuhuhu bila aku baca balik… keliru gak…ouh mungkin ko nak tujukan ke Hujan kot …yela.. Hujan sampai soh pengarah datang melutut kalu nak derang jd artis syarikat rakaman pengarah tu… tu cool ke biadap? Hrm… mungkin bergurau kasar kot …huhhuhu biasa la…aku pon slalu gak bergurau kasar ni…apala sangat ngan hal2 mcm tu… kan? Er..ke silap jugak aku ni? Huhu
Dlm posting Hujan by klubkidd tu.. lagi ko tersasar jauh… si klubkidd tu tulis dlm blog dier ..kira keciwa ngan hujan bila hujan ckp derang lebih underground n tak brapa perlukan publisiti meluas.. n klubkidd tu sound yg Hujan ni pon bukan la underground sgt sbb lagu slalu kuar radio … beza antara mainstream ngan underground si klubkidd tu dah tulis so aku takmo la nak tambah apa2 lagi.. tapi..ko paham ke idak apa yg si klubkidd tu tulis? Ko ckp “bebudak indie tepi jalan? “ …”buka beg gitar…org bagi duit time tu jugak “ …hrm…mmg la INDIpendent gitu…tapi itu bebudak buskers la.. ko tau tak? Kalu kat Indonesia derang dipanggil “ Pengamen “ yang mencari makan ngan menghiburkan orang ramai sekeliling… derang slalu nye tak produce album.. tapi skang nih ade je bebudak indie nak mencari dana utk ep ke lp ke album derang sanggop main tepi2 jalan.. itu mmg indie abes…mmg independent gile babeng aku salute btol~ hoho tak semestinya budak2 indipendent tak mampu buat show kat stage2 besar ( walopon takdela sebesar mana ) tapi rasenye bebudak indie skang nih dah reti join mana2 gig yg ada or organize sendiri gig masing2…n series secara peribadi aku rasa ko tak paham apa yang si klubkidd tu tulis pastu baru la ko balas secara tiada hala tuju plak… klubkidd tu org media n aku rasa dia pon terasa bila Hujan melayan endah tak endah bila di panggil interview dan berperangai biadap , n ko ckp…kalu tak kuar radio mcm mana org yang tak mampu nak pegi gig ke nak tau perkembangan… itula underground…mereka ada org hubungan ada cara berhubung .. ade poster..ade flyers… ade pengedaran… kalu nak denga lagu… beli cd kat gig… skang nih ade maispes… bleh letak lagu sendiri kat maispes… satu dunia…aku ulangi…satu duniaaa leh ikuti perkembangan muzik ko kalu band tu rajin update… btol? Ke silap gak aku kat sini? Kalu silap…aku meminta dibetulkan… huhuhu n untuk Hujan…bak kata klubkidd.. kalu btol tak perlukan publisiti media… knapa setuju untuk datang di temuramah? Utk buat perangai kat tempat org ke utk publisiti ke mmg tak pikir sblm buat apa2 tindakan? Hrmm…. Aku pon tak pasti mana satu… huhu
Dlm posting “ Trend Malaysia by Syazsy” tu … mcm aku ckp tadik… bila menegur tak semestinya menggunakan bahasa yg elok molek cantik bersih suka damai … huhu kadang2 kene gak herdik ke tegor kasar sikit utk menyedarkan org2 yang susah nak disedarkan nih…huhuhuhuh n lagi satu… takde pon isu menghukum disitu sbb si syazsy tak menghukum ..tapi Cuma menegur ngan tidak menggunakan bahasa2 yang indah dan tidak brapa lembut disitu… kan? Ade ke dia hukum? Ade ehk…er..kat mane ehk? Huhuhu adeh.. siot jeh aku…
Kat posting akhir oleh yang “Tidak Dikenali” tu….kat situ pon ko tersasar juga dalam membalas… sbb orang yg tidak dikenali tu tulis yang dier kecewa ngan byk poser2 kat mesia nih.. baru tangkap 2-3 keping gamba dah berlagak..baru reti buat effect sket dlm fotoshop.. dah kire terrer giler lah tuh… aku tau sapa “ Tidak Dikenali” tu… n aku penah tgk artworknya…mmg bagus… penah diinterview lagi oleh website Negara luar sbb art nye yang bagus.. bukan dia sorang je…ramai lagi yang sebagus dia yang tak brapa puas hati ngan poser2 mesia sbb terlalu berlagak diluar..padahal artwork tak la seberapa tapi mendabik dada bukan main gah lagi… ingat senang nak produce artwork? Igt mudah nak pikir idea , konsep , setting lighting , setting studio , amek gamba , … so bila ada org mcm anggap or amek mudah menda yang dia dah 8 tahun bergelumang.. mmg la ada sikit rasa keciwa dan rasa mcm menyampah je… tapi mcm aku ckp dari awal2 lagi… nak kene tegor elok2 ke baru nak membangun? Takleh ke kalu orang kutuk2 or org tegor secara kasar gile n then ko amek iktibar dan memperbaiki skill , artwork n diri sendiri? Takleh ? mmg derang org lama nak membimbing or nak membantu orang2 muda or baru dlm dunia seni mesia ni… tapi bak kata orang2 lama… sayang isteri tinggal2kan.. sayangkan anak tangan2 kan? Ini kan plak org lain…hoohohohohohho siot jeh aku… haii.. panjang btol aku taip… apa pon …aku rasa..tak kira la sapa… syaszy ke.. klubkidd ke..wartawan berita harian ke…tidak dikenali ke…otak sendiri ke…aku sendiri… aku rasa… kita semua mmg taknak tgk org2 seni mesia or art2 yang ada di mesia ..art event ke..band ke…tak kira apa la yang berkaitan ngan art… aku rasa kita semua tak ingin pon nak bergaduh ke nak menjatuhkan ke nak tuding menuding…masing2 nak menegur… syazsy ngan caranya…tidak dikenali ngan caranya…klubkidd ngan caranya…wartawan ngan cara nya…otak ngan cara nya….aku ngan cara aku… masing2 punya cara tersendiri… tapi mcm aku ckp…. Kene tegor elok2 ke semua salah dan silap or kalu betol takde kualiti takleh nak boikot ke kene support jugak ke? … ke aku silap nih? … huhuhuhu kalu ada silap…tegur lah… hoho aku pon bukannye bes mane pon …ade la tangkap gamba sket2… letak art sket2…tapi takdela se best “ Tidak Dikenali” tu… hohohohoho siot jeh aku…papahal pon…gile panjang aku dah taip…hoohhoohoh dateline bersepah nih…hohohoho ok ciau.. assalamualaikum… peace!~
"saya berharap aktiviti membuat filem dan video juga tidak menjadi mangsa seterusnya"
SETUJU!
pertama kali aku terbaca blog nie...
ade yg betul dan bagus,
tp byk yang poyo dan tak betul,
byk yang konon-kononnya si penulis bajet tau and bajet bagus, walhal ssetengah keterangan yang diberikan penulis adalah tidak berapa kukuh.
kesimpulannya, blog ni tak best. cuba lagi.
scene kat msia nie takde la best sangat nak dibandingkan ngn luar negara tak pon ngn negara terdekat contoh indonesia dlm music dan lain2 aku pon bkan nak sokong indon sangat tapi nie yg btul.tu pasal scene music la kan.cuma ada la sekelompok budak2 scene underground yg aku nampak bagus dan yg lain hanya ikut perkembangan semasa jer. kire cam trandy gak la haha..tapi korang ade sebut pasal myspace pergh meluat lagi aku tengok minah2/jantan2 muda umur 15 camtu gi club n party pastuh bangga2 ngn gambar yg dorang tangkap ingat bagus sangat ker korang tu kecik2 dah jatuhkan maruah sendiri dn keluarga.kadang2 aku pikir mak bapak dorang nie pon salah tapi takpe dunia pon dah tua aku nasihatkan kat korang satu hari nanti korang bosan ngn semua nie cam aku rasa skarang dah tepu dah..
aku pon skarang tengah slow2 kearah keagamaan sebab aku tau nanti last2 kite mesti cari yg tu jugak tataulakan.nasihat aku banyak lagi hal yg kite kene buat buat hal yg penting tingalkan hal yg kurang penting eheh! salam.
Post a Comment