Sunday, February 10, 2008

Boikotlah Hujan by Serima@Berita Harian

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my

BARU-baru ini kita menonton sebuah program di televisyen. Iyalah sebelum ke pejabat, sempat juga kita buka tv untuk mendapatkan apa-apa maklumat yang menarik. Maklumlah kerja sibuk, sampai tak ada masa langsung nak bersantai depan TV. Hanya waktu pagi sajalah kadang kala masanya untuk kita tengok tv.

Itu pun bukannya selalu, jarang-jarang. Kebetulan satu pagi itu ditakdirkan kita terbuka TV, pengacara program itu pula sedang menemuramah sebuah kumpulan yang 'kononnya' sudah semakin popular. Ketika sedang ditemuramah, kita tengok artis itu bukan main tidak duduk diam. Sekejap-sekejap dia memusing kerusinya ke kiri dan ke kanan. Macam budak-budak betul perangai vokalis sebuah kumpulan yang menamakan kumpulan mereka dengan nama cuaca tu.

Kalau budak-budak boleh dimaafkan, maklumlah kerusi yang boleh goyang-goyang tentulah mereka seronok. Tapi apabila orang tua yang buat, memang buruk betul rupanya. Cuba dia fikir sikit, dia sedang ditemuramah secara langsung di kaca televisyen. Kalau ditemuramah wartawan media cetak macam kita tak apalah, buatlah apa pun. Nak terbaring, terlentang, berguling pun tak siapa nak marah.


Paling kita menyampah, masa pengacara tu bertanya padanya berapa buah lagu yang dia nak nyanyikan dia boleh jawap 16,000. Cuba kalau dia jawab macam tu pada wartawan senior, memang nak kena makilah. Kita tengok muka pengacara itu pun macam tak berapa selesa tapi disebabkan profesionalisme, dia kawal juga perasaannya. Lagipun takkan nak mengamuk depan kamera pula, hancur reputasinya sebagai pengacara profesional.

Tak tahulah kita dengan sikap vokalis tu. Ada yang kata, band seperti mereka ni memang tak suka liputan yang meluas. Mereka lebih suka kegiatan 'bawah tanah'. Kalau tahu tak suka publisiti, kenapa apabila diundang dia bersetuju saja. Kalau dari mula sudah tak suka, cakap saja. Kan senang?

Mentang-mentanglah mereka ada pengikut fanatik yang tersendiri dan ramai, suka-suka hati mereka saja nak buat apa. Iyalah dia tahu dia dalam zon selamat, buat apa pun peminat akan tetap menyokong.


Kononnya seorang artis pun ada mendakwa yang kumpulannya ini seakan-akan memandang rendah kepadanya. Siap ditenungnya artis itu atas bawah, atas bawah. Akhirnya dia terus menjeling pada artis lelaki ini. Wah, apa puncanya kita tak tahu. Tapi yang penting perangai mereka cukup kebudak-budakan. Dengar ceritanya, kumpulan seperti mereka ini beranggapan mereka bijak dan hebat mengenai ilmu berkaitan muzik dan orang seperti kita ni ibarat di tapak kaki mereka saja.

Paling yang kita tidak boleh terima, kononnya seorang pengarah sebuah syarikat rakaman kononnya hendak melamar mereka supaya bernaung di bawah syarikatnya. Tetapi, punyalah kekwat kumpulan ini, dia suruh pengarah itu yang berlutut kepadanya. Mungkin betullah, siapa yang nak undang, dialah yang harus datang pada mereka. Tapi gaya mereka bercakap ada nada-nada angkuh.

Ada juga kita terdengar beberapa lagi orang kuat industri yang tak berapa gemar dengan kumpulan ini. Memanglah mereka popular, tapi nak diikutkan vokal dan lagu mereka tidaklah seberapa. Pada kumpulan itu, janganlah kekwat sangat. Tak ada faedahnya, tengah-tengah laris macam goreng pisang panas ini bolehlah berlagak. Dunia ini ibarat roda, berpusing. Ada kala kita di atas dan ada ketikanya kita di bawah. Kalau buat baik, tidak ada ruginya. Sebaliknya lebih ramai lagi orang yang suka pada kita, jadi renung-renungkan... serima@bharian.com.my

1 comment:

otak. said...

Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu. Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya.ingat la wahai abang.kita ni dh di penghujung cerita hidup di dunia.assalamualaikum.