Wednesday, February 13, 2008

To all Malaysian designers / indie clothing labels / buyers by Sue Anna Joe

by sue anna joe

Hey everyone.

Some of you might have noticed the recent issue that a number of us has brought up, about our local 'indie clothing labels', yang macam cendawan sejak kebelakangan ni.

Mungkin, (oh btw, apologies to those who don't understand Malay!!). Mungkin terdapat sesetengah pihak terutamanya ahli clothing labels ni, yang tak berpuas hati dengan cara teguran kami.

Anna mintak maaf pada 'I Heart KL', 'Street Signal', 'Jiwa Kosong' & memana yang lain tu. Yeah, maybe agak terlalu kasar sindirin Anna dan kami yang lain2 terhadap design2 korang.

Anna terbuka untuk menerima sebarang respon dari korang, I would love to hear what you guys have to say on your behalf. Of course Anna ucapkan terima kasih because you guys actually put up the effort to come up with your own indie labels. Tapi kecewa tengok design yang tak seberapa, dan tak cukup strong concept yang cuba disampaikan melalui design korang.

Contohnya, guna ayat2 macam "Stupid dam dam you berak keluar ketam", lebih kurang cam tu, atau "Mak aku kata mak kau ronggeng". Yang bagus, korang design la gak font tu, nampak cantik, composition pon okay, tapi ayat yang digunakan tu agak meraban? I mean, meraban memang menarik, but come on, kenapa tak boleh come up with something yang lebih mencabar minda and tolonglah jangan guna perkataan seperti 'berak' atau yang kurang beradap macam 'mak kau'.

IT IS NOT COOL. Macam mana parents nak sokong anak2 mereka, or orang awam nak appreciate apa yang kita lakukan kalau baca slogan2 macam ni kat t-shirt. Kita dengan bangga pulak tu pakai!

Yeah, mungkin tak senang nak come up with dengan kata2 yang menarik dan mencabar minda. So kalau tak boleh, tak payah. Pikirkan design lain, come up with a better idea. Cuba main ngan unsur2 dan elemen grafik. Lagi bagus tak guna tulisan langsung. CABAR KREATIVITI KORANG!!!!!

And, now I HEART KL. Okay, memang menarik, kualiti printing dan tshirt produk ni memang bagus. TAPI, ni dah tiru bulat2 design I HEART NY.

You guys are designers!! Be innovative. And dont' say 'if the formula works, why change it?'. Kalau macam tu, sesapa pon boleh buat 'I HEART KL' dan kata macam tu jugak.

Cuba tengok ni http://www.threadless.com/product/1068/I_Love_Coffee

Submission design kat threadless.com. I heart coffee. Kalau korang perasan, heart tu, adalah sebenarnya cawan, dan diorang takda tulis coffee pon tapi digantikan dengan titisan air kopi. NOW THAT'S HOW A DESIGNER SHOULD THINK AND BE DESIGNING!!

Mungkin korang boleh ubah perkataan KL tu menyerupi KL twin towers ke. Or instead of KL, ganti je ngan twin towers. Come one guys, you have brains, use it!

Kalau korang nak anti Anna because of this pon, dipersilakan. Anna bukan nak menjatuhkan korang. But ni untuk bebudak lain nak buat clothing labels. Design tu kena ambik masa, pikir concept, pikir tema, pikir kenapa nak guna kaler merah ke hijau ke, kenapa nak guna font impact dan bukan times new roman. Semua tu penting!!

Korang tolong pergi ke
threadless.com. Study design diorang, baca tajuk design tshirt diorang, dan kaitkan dengan grafik kat tshirt tu. Semua ada kaitian. Korang punya tshirt ada tajuk? Or adakah tajuk tshirt tu sama ngan tulisan kat tshirt u. If you answered YES, baik takyah.

Boleh katakan, hampir semua design kat sana takda pon tulis2 kata2 kat atas tshirt. Banyak bermain dengan grafik. Kalau korang tak mampu nak buat macam tu, tak payah! Tolonglah cabar minda korang tu sikit. Jangan pakai tibai je nak buat, guna brush sana sini, font sana sini, doodle tah apa apa, then hantar pergi print and jual! JANGAN JANGAN JANGAN.

Anggapkan tshirt tu satu seni. Satu design pon dah cukup, tak yah banyak2 asalkan design tu betul2 diteliti dan dipikir dan di design elok2. Berhari2 nak siap satu design pon takpa. Take your time. Jangan sebab nak jual kat art event, nak kena buat satu design cepat tuk jual. Kayuh perlahan-lahan.

Mungkin ada yang tanya, 'eleh cakap senang, asal ko tak wat design'. SEBAB Anna rasa Anna masih belum mampu come up with a design yang cukup bagus untuk dijual dan dipakai. Anna memang ada niat nak buat, tapi tunggulah, dan harap2 dapatlah buat design yang baik. Dan ini satu cabaran buat Anna sebab to come up with a good design, bukanlah mudah. Jadi, macam Anna cakap, kalau tak boleh. Tak payah.

Don't waste your money, or other peoples money. Kita dah ada peluang untuk design tshirt sendiri, gunakanlah peluang ni baik baik. TOLONGLAH korang.

Buat berkali kalinya, pergi ke threadless.com, tengoklah design diorang, betapa telitinya hasil diorang. BANDINGKAN dengan design bebudak clothing kita kat Malaysia ni.

Kita kena tingkatkan KUALITI dan bukan KUANTITI.

Dahla, takat ni je. Kalau Anna menyinggung mana2 pihak, Anna mintak banyak2 maaf. I'm just being honest. Kita kena cabar diri sendiri untuk buat lebih baik, kalau diorang boleh buat kenapa tak kita? Pikirkan tu! WHY NOT! Janganlah malas sangat, kena rajin sket bila design tu, kalau susah pon, teruskan, usahakan. Yakin boleh!

Yang ikhlas,
Sue Anna Joe.

p/s: kalau korang setuju, sila sebarkan bulletin ini pada rakan-rakan taulan.
p/s: kalau tak puas hati, silalah berbincang dengan saya
p/s: kalau benci, delete je saya dari friend list kamu

saya tetap sayangkan kamu semua. mwahs! ahax.

No comments: