Wednesday, March 19, 2008

Dunia bawah tanah by annon

salam solidaritas buat semua...dunia bawah tanah masa kini dilihat agak lesu tidak seperti era 90-an yang lamapau. dahulunya, dunia bawah tanah dilihat lebih serius dan menceriakan dengan pelbagai agenda-agenda yang tersendiri. seingat aku, scene waktu dulu diwarnai dengan pelbagai acara yang bukan sahaja menyeronokkan bahkan lebih menjana perkembangan intelektual komunitinya. mereka bukan sahaja menganjurkan gig untuk berhibur sambil berpogo bahkan mengadakan pelbagai discussion/gathering tentang isu yang melanda dunia ketika itu. mereka juga dahulunya membuat pelbagai aktiviti-aktiviti kebajikan dengan konsep yang tersendiri. contohnya seperti aksi langsung yang dii'markkan oleh komunii Food Not Bomb atau FNB. dahulu FNB dilihat juga berlainan dan unik dalam sumbangan dan pergerakkannya. pergerakan ini kerapkali mengadakan sumbangan makanan secara percuma kepada para pengemis terutamnaya di bandar-bandar besar seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. namun kini, pergerakan ini hanya tinggal kenangan semata-mata. namun mujurlah, di Kuala Lumpur FNB masih bergiat lagi walaupun pergerakan FNB di Kuala Lumpur masih baru tidak seperti di Pulau Pinang. di Pulau Pinang, dunia bawah tanahnya cukup meriah ketika dulu. kini tiada apa lagi yang patut dibanggkan. kebanggan itu terus luput setelah pembubaran FNB di sana. hey syukri..apa sudah terjadi dsengan FNB penang. bagi yyang mehu merasai kemeriahan memberikan makanan secara percuma kepada para pengemis, kalian bolehlah pergi ke Bukit Nanas di Kuala Lumpur, dimana para FNB menjalankan aktivitinya pada setiapa hari ahad. scene waktu ini hanya mementingakn muzik tidak perkara-perkara lain yang bercorak perkembangan budi pekerti dan minda...

1 comment:

Huzai Mansor said...

Dude,Minta izin untuk letakkan pautan laman kamu ni dekat blog aku ya.. Sunnguh membuka mata.